Thursday, May 8, 2008

Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday, May 6, 2008

cinta abadi ialah cinta kepada Ilahi


Love Is Cinta





THERE IS ONLY ONE HAPPINESS IN LIFE :


TO LOVE AND BE LOVED



17 AUGUST 2002


Tarikh ini boleh dikatakan keramat bagiku... Pada tarikh inilah kali pertama aku bertemu dengan orang yang bergelar suamiku. Boleh juga ku katakan cinta pada pandangan pertama. Entah kenapa pertama kali ku melihatnya hatiku terdetik

rasa cinta. Apalah erti cinta jika hanya sekadar lafaz di mulut dan bukannya datang dari hati...Tetapi aku benar-benar merasakannya dari hati. Pada waktu itu usiaku baru mencecah 18 tahun..masih muda remaja..Pertemuan, perpisahan,jodoh dan ajal di tangan Allah..Perkiraan Allah selalunya sempurna.Pada usia semuda ini tak terlintas di fikiranku untuk menyulam kasih. Tetapi dapat kurasakan kelaina. Terasa seperti Allah campakkan sesuatu dalam hatiku.Aku terpikat dengan kebaikan tingkah laku, percakapan dan sifat pengasih lelaki ini. Terpancar di wajahnya air muka yang bisa menenangkan jiwaku. Pada tarikh inilah yang akan ku kenang sampai bila-bila, pertemuan pertamaku dan lelaki ini yang telah merantai jiwaku selamanya...

kasih...kenanganku..

ingatkah saat-saat dulu...

kasih...apakah dirimu...

merasakan semua itu...

kemana pun langkahku pergi..

ku masih melihat bayanganmu cintaku..

dan kemanapun arah anginku berlari...

hati ini masih kau miliki......

Doa seorang kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala